sejak ada anak2 yang perlu dijaga ni, mostly dalam beberapa kali seminggu aku takkan lupa untuk ke lab melawat dan merawat depa semua. pagi ke petang bersama dengan depa kadang2 mampu buat aku ceria (weee!), sedih (sob3), marah dan geram(grrr....!).
itu cerita di lab..
terdetik kat hati sambil menunggu bas untuk balik ke desa (aka hostel), al-maklum lah, sementelah, ramai orang dah balik cuti mid sem, jadi suasana agak sunyi dan tak ramai student kat pondok bas. agak boring dan rasa canggung untuk berada di situ keseorangan.
dalam hati, "bestnya kalau ada 'orang yang kita sayang' jemput time2 ni"
'orang yang kita sayang' tu boleh jadi sesiapa sahaja ye.
tiba2 aku tersedar,"bagus lagi andai setiap manusia tu sedar bahawa Allah sentiasa ada tak kira masa dan tempat. Allah sentiasa ada untuk hambaNya"
terkadang manusia lupa bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman dalam diri dan hati mereka
terkadang manusia lupa bersyukur tika mereka bangun pagi dan masih mampu bernafas
terkadang manusia lupa bersyukur tika masih mampu menikmati setiap rezeki yang Dia berikan
terkadang manusia lupa bersyukur dengan setiap ujian yang Dia berikan
terkadang manusia lupa bersyukur dengan kebahagiaan yang dikecapi, kebahagiaan bersama keluarga, sahabat dan saudara saudari yang disayangi
Bersaranglah blog anti~heuw~heuw~heuw~
ReplyDeletekeh3.peyapunya dok dlm stor. ana tak dapat detect la, ni sape ek?
ReplyDelete