Tuesday, 19 June 2012
Wednesday, 13 June 2012
Allah sayang kita
Alhamdulillah dengan kasih sayang Allah, kita masih diberi kesempatan utk melihat dunia pada hari ini kan?
al wadud?
Allah yang Maha Pencinta, sentiasa mencintai serta mengasihi hambaNya
'Dan Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Pengasih' (al-Buruj : 14)
mungkin bukan dalam bentuk nikmat, tapi Allah melahirkan rasa kasih sayang-Nya dalam bentuk ujian.
teringat pengalaman seorang hamba Allah, selepas tamat UPSR, semua kawan-kawannya dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh, sekolah cluster n macam2 lagilah sekolah yang bunyinya popular seantero Malaysia. tapi apakan daya, walaupun dia dapat A penuh, dia tak dapat ke sekolah2 tersebut dan ditakdirkan dia bersekolah di sekolah dekat dengan rumahnya.
selepas dia mendaftarkan diri pada hari pertama di sekolah tersebut, dalam satu perhimpunan, guru bertanya,
'ada ke murid di sini yang dapat 5A?'
murid tadi dengan mahu tak mahu, tangannya diangkat oleh kawan sebelah.(eh, termengaku pula).
semua berpaling ke arahnya...
'kenapa kamu tidak ke sekolah yang lebih baik?maksud cikgu, bukan sekolah ini tak bagus, tapi dengan result ni, environment dan cara pembelajarannya di sekolah lain mungkin lebih baik. tak gitu?
murid tadi hanya berdiam diri dan senyum tak kata apa.iyakan tidak, menidakkan pun tidak. (dalam hati, meronta2 mungkin, kerana hari pertama dah jadi fofular.huuu)
sesampainya di rumah, air mata mengalir tanpa dapat diseka lagi. mak ayah relax tak tahu nak pujuk bagaimana. tempoh hari diberi pilihan ke sekolah agama yang menjadi pilihan ramai di negeri itu, berbolak-balik hatinya sebab jauh dengan rumah, tak layak duduk di asrama memandangkan bukan dari pedalaman dan tak nak p dengan bas sorang2 sebab ayah tak dapat hantar.
tiba2 terdengar satu laungan dari luar rumah,
'Assalamualaikum'. sekali.
'Assalamualaikum'. lagi sekali.
si tuan rumah yakni murid tadi pun buka pintu dan ce teka siapa dia?
rupanya kerani sekolah rendah dulu yang datang hantar surat tawaran ke sekolah cluster.
'ni Anis ye? mak ayah ada di rumah x?' abang minta maaf, surat adik ni pihak sekolah terlepas pandang'. apa pun, tahniah ye.
'tq. tak pe la abang. saya dah dafttar sekolah baru dah.' (dengan mata bengkak, kerani tu perasan entah tidak)
(dialog sebenar kurang ingat jadi dipendekkan)
dan bermulalah tempoh pembelajaran di sekolah. rezeki Allah manakan dapat dijangka, murid tadi mendapat biasiswa dari satu agensi swasta yange kebetulan ingin mencari anak angkat, sepanjang belajar di sekolah tersebut. Alhamdulillah dapatlah meringankan beban keluarga.
masa pun berlalu, di matrikulasi, suatu hari dirinya di sapa oleh seorang sahabat untuk join satu program islami dan akhirnya jatuh cinta dengan usrah.weee
murid tadi or da bertukar status jadi pelajar matrik, terdetik dalam hatinya,
Alhamdulillah, walaupun tiada rezeki p sekolah agama dulu, Allah pertemukan aku dengan sesuatu yg lebih baik.'
~satu nikmat tarbiyah dari Allah~
dengan pengalaman hidup seorang hamba Allah yang seumpama itu, aku sendiri belajar banyak benda bahawa yakinlah dengan segala yang Allah datangkan pada diri kita.
kadang2 akal manusia ni tak mampu untuk menjangkau hikmah di sebalik apa yang ditentukan-Nya. ilmu Allah itu tersangatlah luas sedangkan akal manusia sangat terbatas.
tak salah untuk bersedih dan bermuram durja, namun usah keterlaluan.
ayuh layan lagu raihan-kehidupan..dan ingat Allah sayang kita <3 (^_^)
Friday, 20 January 2012
selagi ada...bersyukurlah
sejak ada anak2 yang perlu dijaga ni, mostly dalam beberapa kali seminggu aku takkan lupa untuk ke lab melawat dan merawat depa semua. pagi ke petang bersama dengan depa kadang2 mampu buat aku ceria (weee!), sedih (sob3), marah dan geram(grrr....!).
itu cerita di lab..
terdetik kat hati sambil menunggu bas untuk balik ke desa (aka hostel), al-maklum lah, sementelah, ramai orang dah balik cuti mid sem, jadi suasana agak sunyi dan tak ramai student kat pondok bas. agak boring dan rasa canggung untuk berada di situ keseorangan.
dalam hati, "bestnya kalau ada 'orang yang kita sayang' jemput time2 ni"
'orang yang kita sayang' tu boleh jadi sesiapa sahaja ye.
tiba2 aku tersedar,"bagus lagi andai setiap manusia tu sedar bahawa Allah sentiasa ada tak kira masa dan tempat. Allah sentiasa ada untuk hambaNya"
terkadang manusia lupa bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman dalam diri dan hati mereka
terkadang manusia lupa bersyukur tika mereka bangun pagi dan masih mampu bernafas
terkadang manusia lupa bersyukur tika masih mampu menikmati setiap rezeki yang Dia berikan
terkadang manusia lupa bersyukur dengan setiap ujian yang Dia berikan
terkadang manusia lupa bersyukur dengan kebahagiaan yang dikecapi, kebahagiaan bersama keluarga, sahabat dan saudara saudari yang disayangi
itu cerita di lab..
terdetik kat hati sambil menunggu bas untuk balik ke desa (aka hostel), al-maklum lah, sementelah, ramai orang dah balik cuti mid sem, jadi suasana agak sunyi dan tak ramai student kat pondok bas. agak boring dan rasa canggung untuk berada di situ keseorangan.
dalam hati, "bestnya kalau ada 'orang yang kita sayang' jemput time2 ni"
'orang yang kita sayang' tu boleh jadi sesiapa sahaja ye.
tiba2 aku tersedar,"bagus lagi andai setiap manusia tu sedar bahawa Allah sentiasa ada tak kira masa dan tempat. Allah sentiasa ada untuk hambaNya"
terkadang manusia lupa bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman dalam diri dan hati mereka
terkadang manusia lupa bersyukur tika mereka bangun pagi dan masih mampu bernafas
terkadang manusia lupa bersyukur tika masih mampu menikmati setiap rezeki yang Dia berikan
terkadang manusia lupa bersyukur dengan setiap ujian yang Dia berikan
terkadang manusia lupa bersyukur dengan kebahagiaan yang dikecapi, kebahagiaan bersama keluarga, sahabat dan saudara saudari yang disayangi
Sunday, 8 January 2012
Monday, 2 January 2012
life is a test?
life is a test?
Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?
Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui oarang-orang yang dusta.
(al-Ankabut : 2-3)
setiap manusia memang akan diuji. dan bila diuji, apa yang kita mampu lakukan? SABAR. memang mudah untuk berkata sabar. seorang kawan boleh memujuk sahabatnya yang hanya lulus nyawa2 ikan supaya sabar namun apabila situasi itu terkena pada batang hidung sendiri, ia mungkin tak semudah sebagaimana kita menyebut perkataan S.A.B.A.R kepada sahabat itu tadi.
namun, itulah ujian Allah. ada ujian yang membawa kepada kemanisan dan ada ujian yang mengundang kepahitan. namun ganjarannya? SubhanAllah!
Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikan lah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
(al-Baqarah :155)
bersyukur lah apabila diuji kerana di sebalik setiap ujian tersirat satu hikmah yang kadang2 hanya orang2 tertentu sahaja boleh merasainya. so jangan mudah down, teruskan usaha kerana setiap manusia itu hebat!!yeah!!
Subscribe to:
Posts (Atom)



