Friday, 20 January 2012

selagi ada...bersyukurlah

sejak ada anak2 yang perlu dijaga ni, mostly dalam beberapa kali seminggu aku takkan lupa untuk ke lab melawat dan merawat depa semua. pagi ke petang bersama dengan depa kadang2 mampu buat aku ceria (weee!), sedih (sob3), marah dan geram(grrr....!).


itu cerita di lab..


terdetik kat hati sambil menunggu bas untuk balik ke desa (aka hostel), al-maklum lah, sementelah, ramai orang dah balik cuti mid sem, jadi suasana agak sunyi dan tak ramai student kat pondok bas. agak boring dan rasa canggung untuk berada di situ keseorangan.


dalam hati, "bestnya kalau ada 'orang yang kita sayang' jemput time2 ni"


'orang yang kita sayang' tu boleh jadi sesiapa sahaja ye.


tiba2 aku tersedar,"bagus lagi andai setiap manusia tu sedar bahawa Allah sentiasa ada tak kira masa dan tempat. Allah sentiasa ada untuk hambaNya"




terkadang manusia lupa bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman dalam diri dan hati mereka

terkadang manusia lupa bersyukur tika mereka bangun pagi dan masih mampu bernafas


terkadang manusia lupa bersyukur tika masih mampu menikmati setiap rezeki yang Dia berikan


terkadang manusia lupa bersyukur dengan setiap ujian yang Dia berikan



terkadang manusia lupa bersyukur dengan kebahagiaan yang dikecapi, kebahagiaan bersama keluarga, sahabat dan saudara saudari yang disayangi

Monday, 2 January 2012

life is a test?




life is a test?

Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?


Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui oarang-orang yang dusta.


(al-Ankabut : 2-3)

setiap manusia memang akan diuji. dan bila diuji, apa yang kita mampu lakukan? SABAR. memang mudah untuk berkata sabar. seorang kawan boleh memujuk sahabatnya yang hanya lulus nyawa2 ikan supaya sabar namun apabila situasi itu terkena pada batang hidung sendiri, ia mungkin tak semudah sebagaimana kita menyebut perkataan S.A.B.A.R kepada sahabat itu tadi.


namun, itulah ujian Allah. ada ujian yang membawa kepada kemanisan dan ada ujian yang mengundang kepahitan. namun ganjarannya? SubhanAllah!

Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikan lah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.


(al-Baqarah :155)


bersyukur lah apabila diuji kerana di sebalik setiap ujian tersirat satu hikmah yang kadang2 hanya orang2 tertentu sahaja boleh merasainya. so jangan mudah down, teruskan usaha kerana setiap manusia itu hebat!!yeah!!